MAJLIS DAERAH BALING
KENYATAAN TAWARAN
- Sebut harga adalah dipelawa daripada Pembekal-Pembekal tempatan yang mempunyai Perakuan Pendaftaran Kementerian Kewangan yang masih sah tempohnya dan berdaftar dengan Majlis Daerah Baling dibenarkan membuat tawaran bagi perkhidmatan/bekalan serta syarat-syarat seperti berikut :-
BIL | BUTIR-BUTIR TAWARAN | SYARAT PENDAFTARAN | HARGA DOKUMEN | TARIKH JUALAN | TARIKH TUTUP |
a. | Sebut Harga Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Bersenjata Api Bagi ‘Cash In Transit’ (CIT) Dan Simpan Malam (Vaulting) Kepada Majlis Daerah Baling Tahun 2023 MDB/SH/08/2022(PK) | i) Sijil Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) 220801- Kawalan Keselamatan ii) Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) | RM 30 | 22 Disember 2022 Hingga 27 Disember 2022 | 28 Disember 2022 (12.00 Tengahari) |
b. | Sebut Harga Perkhidmatan Membekal Dan Menghantar Alatulis Pejabat Dan Pelbagai Jenis Kertas Untuk Kegunaan Majlis Daerah Baling Tahun 2023 MDB/SH/09/2022(BK) | i) Sijil Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) 020601- Alatulis (tidak termasuk borang dan semua jenis kertas) DAN 010201- Kertas ii) Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) | |||
c. | Sebut Harga Perkhidmatan Membekal Bekalan Kayu dan Keluaran Kayu, Logam-Logam, Galian Mentah Bukan Logam, Bekalan Am, Bekalan Alat Kejuruteraan Dan Lain-Lain Berkaitan Kepada Majlis Daerah Baling Tahun 2023 MDB/SH/10/2022(BK) | i) Sijil Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) 090101- Bahan Binaan ii) Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) | |||
BIL | BUTIR-BUTIR TAWARAN | SYARAT PENDAFTARAN | HARGA DOKUMEN | TARIKH JUALAN | TARIKH TUTUP |
d. | Sebut Harga Membekal Dan Menghantar Cat, Barnish, Laka Dan Lain-Lain Yang Berkaitan Untuk Majlis Daerah Baling Tahun 2023 MDB/SH/11/2022(BK) | i) Sijil Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) 060401- Cat ATAU 060499- Pembuat ii) Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) | RM 30 | 22 Disember 2022 Hingga 27 Disember 2022 | 28 Disember 2022 (12.00 Tengahari) |
- Dokumen Tawaran Sebut Harga boleh diperolehi mulai 22 Disember 2022 hingga 27 Disember 2022 di Kaunter Hasil, Jabatan Perbendaharaan, Majlis Daerah Baling dengan mengemukakan bayaran dokumentasi sebanyak RM 30.00 (tidak kembalikan) dalam bentuk wang tunai. Pembekal hendaklah menghantar dokumen sebut harga menggunakan sampul surat berlakri.
- Waktu kaunter beroperasi seperti berikut :-
- Ahad – Rabu : 8.00 Pagi – 4.30 Petang ( Rehat 1.00 petang – 2.00 petang)
- Khamis : 8.00 Pagi – 1.00 Petang
- Dokumen Tawaran Sebut Harga hanya dikeluarkan kepada pembekal yang sah sahaja. Untuk maksud ini pembekal hendaklah membawa surat pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia serta mempunyai kod bidang berkaitan, Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), penyata bank syarikat dan pembekal juga hendaklah berdaftar dengan Majlis Daerah Baling.
- Dokumen Tawaran Sebut Harga mestilah di masukkan ke dalam satu sampul surat berlakri yang ditanda no. sebut harga dan tajuk perkhidmatan/bekalan.
- Dokumen Tawaran Sebut Harga yang diisi dengan lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam peti tawaran sebut harga sebelum atau pada 28 Disember 2022 dan tidak lewat daripada jam 12.00 tengahari.
…………………………… Yang Dipertua Majlis Daerah Baling Kedah Darul Aman |
Tarikh :