LAWATAN MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN KE MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR

19 Disember 2022 – Majlis Bandaraya Alor Setar telah menerima lawatan daripada Majlis Perbandaran Dungun. Lawatan ini merupakan lawatan penanda aras Jabatan Penilaian mengenai isu Pewartaan Pindaan Senarai Nilaian yang melibatkan 10 pegawai yang terdiri daripada Tuan Yang Dipertua, Setiausaha, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta serta Unit Perundangan Majlis Perbandaran Dungun.
 
Pihak MBAS mengucapkan ribuan terima kasih kepada Majlis Perbandaran Dungun di atas lawatan ini dan diharapkan dapat bertemu lagi pada masa yang akan datang.
 
Skip to content