PELEPASAN MISI BANTUAN MANGSA BANJIR KE TERENGGANU

Pelepasan Misi Bantuan mangsa banjir ke Terengganu telah berlangsung pada 04 Januari 2023 (Rabu) jam 8.00 pagi bertempat di Menara Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah. Pelepasan misi bantuan mangsa banjir tersebut telah disempurnakan oleh Dato’ Haji Muhamad Arof bin Darus, DSDK., AMK., BCK Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sungai Petani. Turut hadir bersama ialah Ybhg. Dato’ Haji Adnan bin Mat, Presiden CUEPACS dan Puan Noorulhuda binti Mohammed Ali, AMK., BCK Setiausaha Majlis Perbandaran Sungai Petani.

Beberapa jentera dan tenaga kerja telah siapsiaga bergerak ke lokasi bagi memberikan bantuan. Marilah kita bersama-sama mendoakan agar petugas-petugas tersebut selamat tiba ke destinasi dan semoga dipermudahkan segala urusan mereka.

Skip to content