2 – 4 JANUARI 2023 (ISNIN – RABU)

Program Booth Express Mudah Rakyat ini diadakan pada 2 hingga 4 Januari 2023 bertempat di Kompleks Perniagaan Guar Utama, Guar Chempedak, Yan, Kedah Darul Aman.Beberapa jabatan / agensi dan klinik swasta terpilih telah membuka kaunter perkhidmatan masing – masing bagi membantu para pelanggan di samping memberi ruang dan kesempatan kepada masyarakat di kawasan sekitar Daerah Yan untuk menyelesaikan urusan – urusan masing – masing dan mendapatkan khidmat nasihat dari jabatan / agensi tersebut sepanjang tempoh tiga hari program ini berlangsung.

Sebanyak 9 jabatan / agensi dan satu klinik swasta telah terlibat menjayakan Program Booth Express Mudah Rakyat ini bermula jam 10.00 pagi sehingga jam 5.00 petang.Pada 2-3 Januari 2023, jabatan / agensi yang terlibat ialah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Klinik Perubatan Primakasih Yan (PRIMAKASIH).

Manakala, pada 2-4 Januari 2023 pula, jabatan / agensi yang terlibat ialah Majlis Daerah Yan (MDY), Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Tabung Haji, Perbandaran Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Tenaga Nasional Berhad (TNB) serta Pejabat Daerah dan Tanah Yan (termasuk urusan cukai tanah dan bayaran online iBAYAQ).

Sekalung penghargaan dan ucapan tahniah diucapkan kepada pihak penganjur atas inisiatif pelaksanaan program yang sangat berfaedah seperti ini.Jutaan terima kasih juga dirakamkan kepada semua jabatan / agensi dan syarikat yang terlibat menjayakan Program Booth Express Mudah Rakyat yang amat bermanfaat ini khususnya kepada para pelanggan dan masyarakat di Daerah Yan.

Skip to content