SESI KUNJUNGAN MESRA KETUA PENGARAH PERANCANGAN BANDAR DAN DESA KE MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI

Kunjungan telah disambut baik oleh Dato’ Haji Muhamad Arof bin Darus, Yang Dipertua MPSPK. Program dimulakan dengan kunjungan dan perbincangan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sungai Petani, Dato’ Haji Muhamad Arof bin Darus, DSDK., AMK., BCK dengan TPr. Dr. Alias bin Rameli, Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa.

Program diteruskan dengan lawatan dan perbincangan Ketua Pengarah ke Bahagian Pusat Setempat (OSC) MPSPK. Turut hadir, Puan Noorulhuda binti Mohammed Ali, AMK., BCK Setiausaha Majlis Perbandaran Sungai Petani, TPr Dr Chee Ping Ngang Pengarah Bahagian Korporat dan Encik Ahmad Jamaludin bin Ali, Ketua Bahagian Pusat Setempat (OSC) MPSPK.

Skip to content