MAJLIS PENYERAHAN PROJEK PEMBINAAN 10 GERAI MEDAN SELERA DI BANDAR SUNGAI PETANI

Telah berlangsungnya majlis penyerahan projek pembinaan 10 gerai medan selera di Bandar Sungai Petani oleh Pejabat Pembangunan Negeri Kedah, Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) pada 11 Januari 2023, jam 10.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat, Aras 5, Majlis Perbandaran Sungai Petani.

Majlis penyerahan projek tersebut di lakukan oleh Puan Zaiton binti Yahya, Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Kedah (Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) kepada Dato’ Haji Muhamad Arof bin Darus, DSDK., AMK., BCK Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sungai Petani. Hadir bersama, Puan Noorulhuda binti Mohammed Ali, AMK., BCK Setiausaha Majlis Perbandaran Sungai Petani, pegawai-pegawai dari Pejabat Pembangunan Negeri Kedah, Pengarah dan kakitangan Jabatan Kejuruteraan serta pihak perunding.

Skip to content