'JOM JALAN SANTAI' SEMPENA ULANG TAHUN BANDARAYA ALOR SETAR KE-19

31 Disember 2022 – Sorotan Foto Jom Jalan Santai yang telah berlangsung pada malam 31 Disember 2022 yang bertempat di Dataran Starwalk, Alor Setar. Program Jom Jalan Santai diadakan sempena Karnival Ulang Tahun Bandaraya ke-19. Jarak perjalanan Jom Jalan Santai ini adalah sejauh 3 kilometer dan mempunyai 6 checkpoint di tempat-tempat menarik di sekitar Bandaraya Alor Setar di mana para peserta boleh bergambar di tempat tersebut untuk menyertai pertandingan gambar Klik2 Bandaraya.
 
Acara pelepasan dan penyampaian hadiah cabutan bertuah telah disempurnakan oleh YB Ustaz Afnan Hamimi bin Dato’ Taib Azamuddin, Ahli Parlimen Kota Setar diiringi YBhg. Dato’ Haji Mohd Yusri bin Haji Md Daud, Datuk Bandar Alor Setar serta Pegawai-Pegawai MBAS.
 
 
Skip to content