Majlis Perhimpunan Korporat Majlis Bandaraya Alor Setar bagi bulan Januari 2023

02 Januari 2023 – Majlis Perhimpunan Korporat Majlis Bandaraya Alor Setar bagi bulan Januari 2023 yang telah berlangsung di Dewan As-Sakinah, Tingkat 7, MBAS. Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Mohd Yusri Bin Haji Md Daud, DSDK., SDK., AMK., BCK, Datuk Bandar Alor Setar. Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Kedah dan lagu rasmi MBAS dipersembahkan oleh kumpulan koir seramai 42 orang. Kemudian majlis diteruskan dengan pembentangan ‘Quick Wins Strategy’ oleh beberapa jabatan/bahagian serta ucapan tahun baru oleh Y.Bhg Datuk Bandar MBAS. Majlis diakhiri dengan penyampaian trofi dan sijil kepada kontinjen sukan MBAS yang telah menjuarai Sukan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kedah Tahun 2022.
 
 
Skip to content