PENYERAHAN RTDKM 2035 & RKK TANJUNG DAWAI

Telah berlangsungnya penyerahan Laporan Rancangan Tempatan Daerah Kuala Muda (RTDKM) 2035 dan Rancangan Kawasan Khas (RKK) Tanjung Dawai daripada Yang Berbahagia Dato’ Haji Muhamad Arof bin Darus, DSDK., AMK., BCK Yang DiPertua Majlis Perbandaran Sungai Petani kepada wakil Pegawai Daerah dan Tanah Daerah Kuala Muda, serta agensi-agensi kerajaan di peringkat tempatan, negeri dan persekutuan.

Majlis penyerahan RTDKM 2035 dan RKK Tanjung Dawai ini selaras dengan keterlibatan agensi-agensi terbabit yang bertindak sebagai ahli jawatankuasa di dalam penyediaan Rancangan Pemajuan tersebut.

Tujuan utama majlis tersebut adalah untuk memuktamadkan kolaborasi perancangan pembangunan yang akan dijana di dalam daerah Kuala Muda menjelang tahun 2035, yang memerlukan penglibatan semua agensi-agensi bagi memastikan matlamat pembangunan daerah Kuala Muda tercapai, iaitu “KUALA MUDA : BERDAYA HUNI, BERDAYA MAJU, MAMPAN DAN PINTAR”

Skip to content