10-11 JANUARI (SELASA-RABU)

Program Focus Group Discussion (FGD) Kajian Rancangan Tempatan Majlis Daerah Yan, Kedah 2035 (Penggantian) ini telah berlangsung pada jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang selama 2 hari bertempat di Dewan Serbaguna Guar Chempedak, Yan, Kedah.

Seramai lebih kurang 130 orang peserta meliputi para penjawat awam persekutuan dan negeri hadir ke majlis tersebut yang terdiri dari pelbagai jabatan / agensi teknikal, wakil – wakil YB Ahli Parlimen dan ADUN, para Ahli Majlis MDY dan para Pemaju serta Pengusaha pada sesi pertama pada 10 Januari 2023 (Selasa) manakala hampir 80 orang peserta melibatkan para pemimpin komuniti setempat telah hadir pada sesi kedua yang berlangsung pada 11 Januari 2023 (Rabu).

Hari pertama sesi pagi melibatkan 5 kumpulan iaitu Kumpulan 1: Perumahan dan Perniagaan Perindustrian, Kumpulan 2: Perspektif Ekonomi dan Pertanian, Kumpulan 3: Infrastruktur dan Pengangkutan, Kumpulan 4: Pengurusan Pelancongan dan Kumpulan 5: Pangkalan Data GIS yang terdiri dari jabatan / agensi Persekutuan dan Negeri.Di samping itu juga, perbincangan bagi sesi petang bagi Kumpulan 1 iaitu menyentuh tentang Institusi dan Kemudahan Masyarakat, Reka Bentuk, Kumpulan 2: Alam Sekitar dan Geobencana dan Kumpulan 3: Pangkalan Data GIS.

Hari kedua sesi pagi diteruskan dengan perbincangan kumpulan yang melibatkan 5 kumpulan, di mana 5 kumpulan tersebut membincangkan berkaitan Perbincangan Bersama Pihak Berkuasa Tempatan Bersempadan (MDY, MBAS, MPSPK & MDP), JKR, Jabatan Laut, Pihak Berkepentingan, Pengurusan dan Pelaksanaan dan Pangkalan Data GIS.Rancangan Tempatan Daerah Yan 2020 sebelum ini yang yang disediakan di bawah peruntukkan Akta 172 dan diwartakan oleh Pihak Berkuasa Negeri kini telah tamat tempoh perancangan.

Oleh itu, Majlis Daerah Yan selaku Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT) di bawah peruntukan Akta 172 sedang dalam peringkat penyediaan Kajian Rancangan Tempatan Daerah (RTD) Yan yang baharu sehingga tahun 2035.Sekalung penghargaan dan ucapan tahniah dirakamkan kepada PlanMalaysia melalui Pejabat Projek Zon Utara (PPZU), PlanMalaysia Negeri Kedah dan pasukan perunding yang dilantik iaitu ANZ Planners Sdn. Bhd. atas penganjuran program yang sangat penting bermanfaat ini dengan kerjasama Majlis Daerah Yan.

Turut hadir di dalam program ini ialah Tuan Pegawai Daerah Yan / Tuan Yang Dipertua Majlis Daerah Yan [Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK.], Pengarah Pejabat Projek Zon Utara [Puan Noraida binti Abdul Rani], Pengurus Projek URP 3 & Unit Penyelarasan Maklumat Perancangan PLANMalaysia Pejabat Projek Zon Utara, Ahli-Ahli Majlis (politik dan ex officio) Majlis Daerah Yan, Tuan Setiausaha MDY [Encik Mohd Akmal bin Azimi], Perunding-Perunding ANZ Planners Sdn. Bhd., wakil-wakil jabatan /agensi / komuniti yang terlibat, Ketua- Ketua Unit dan Jabatan MDY serta urus setia MDY yang terlibat.

Skip to content