PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA DAN LIBAT URUS BERSAMA KOMUNITI PENIAGA MEDAN-MEDAN SELERA ALOR SETAR/KEDAH

29 Disember 2022 (Khamis) – Majlis Bandaraya Alor Setar mengadakan Program Gotong-Royong Perdana dan Libat Urus Bersama Komuniti Peniaga Medan-Medan Selera Alor Setar/Kuala Kedah yang bertempat di Medan Selera Darul Aman sempena Karnival Ulang Tahun Bandaraya ke-19. Program Gotong-Royong dijalankan pada jam 8.00 pagi oleh warga kerja MBAS dan peniaga. Program Libat Urus bermula jam 10.00 pagi di mana ramai peniaga-peniaga yang hadir di memberikan pelbagai pendapat dan idea demi mambangunkan medan selera MBAS.
 
Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Mohd Yusri bin Haji Md Daud, Datuk Bandar Alor Setar dengan acara penanaman pokok bersama wakil peniaga di medan selera tersebut. Turut hadir sama ialah Ahli-Ahli Majlis MBAS.
 
 
Skip to content