PROGRAM KEMPEN PEMBAYARAN CUKAI PINTU DAN CUKAI TANAH, KEMPEN DERMA DARAH & PROGRAM GOTONG ROYONG BERSAMA KOMUNITI

06 Januari 2023 – Persatuan Penduduk Taman Laguna Mas, Alor Setar dengan kerjasama Majlis Bandaraya Alor Setar, Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Kedah, Pusat Darah Negara, SWCorp serta E-Idaman telah menganjurkan Progam Kempen Pembayaran Cukai Pintu dan Cukai Tanah, Kempen Derma Darah serta Program Gotong Royong Bersama Komuniti pada harini yang bertempat di Pusat Komuniti Laguna Mas bermula jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang. Program ini mendapat sambutan penduduk setempat dan juga penduduk sekitar kerana dapat menjelaskan cukai pintu dan cukai tanah di satu tempat dan di samping itu boleh menderma darah dan juga bergootong-royong bersama komuniti setempat. Pelbagai cenderahati turut disediakan kepada para penduduk yang hadir.
 
Penyampaian sijil penghargaan telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mazlan Bin Abd. Rahman, Ahli Majlis MBAS diiringi En. Mohamad Najib Bin Mohd Salleh, Pengarah Jabatan Kewangan MBAS, kepada Persatuan Penduduk Taman Laguna Mas, Alor Setar yang diwakili oleh pengerusi persatuan, En. Poh Cheng Hai serta AJK persatuan.
 
 
Skip to content