PROGRAM LIBAT URUS MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR BERSAMA KEJIRANAN DATARAN STARWALK

11 JANUARI 2023 – Majlis Bandaraya Alor Setar menganjurkan Program Libat Urus Bersama Kejiranan Dataran Starwalk yang telah berlangsung pada jam 11.00 pagi bertempat di Dewan Besar As-Sakinah, Tingkat 7, Menara MBAS. Pelbagai isu serta cadangan telah dikemukakan oleh komuniti kejiranan Dataran Starwalk dalam sesi libat urus ini bersama YBhg. Dato’ Haji Mohd Yusri Bin Haji Md Daud, DSDK., SDK., AMK., BCK, Datuk Bandar Alor Setar. Pihak Majlis Bandaraya Alor Setar mengucapkan ribuan terima kasih kepada komuniti yang telah hadir memberikan kerjasama demi pembangunan Dataran Starwalk Alor Setar.
 
Turut hadir ialah En. Nasrankamil Bin Noh, Setiausaha MBAS, Ahli-Ahli Majlis MBAS serta Pengarah-Pengarah dan Ketua Bahagian MBAS.
 
 
Skip to content