PROGRAM MALAM KEROHANIAN SEMPENA ULANG TAHUN BANDARAYA ALOR SETAR KE-19

30 Disember 2022 (Jumaat) – Program Malam Kerohanian yang telah diadakan semalam bertempat di Pusat Dakwah Islam Negeri Kedah sempena Ulang Tahun Bandaraya ke-19. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran YB Ustaz Afnan Hamimi bin Dato’ Taib Azamuddin, Ahli Parlimen Kota Setar diiringi YBhg. Dato’ Haji Mohd Yusri bin Haji Md Daud, Datuk Bandar Alor Setar. Antara pengisian program tersebut adalah Solat Maghrib dan Solat Isyak berjemaah serta Tazkirah Sempena Tahun Baru oleh YBhg. Dato’ Sheikh Ismi bin Abdul Halim, Timbalan Pengarah (Operasi), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah. Turut hadir sama ialah Datin Hajah Suriyati Binti Haji Sabar, isteri kepada YBhg. Datuk Bandar Alor Setar, Ahli-Ahli Majlis MBAS, Pegawai-Pegawai MBAS serta orang awam.
 
Skip to content