12 JANUARI 2023 (KHAMIS)

Program Libatsama antara para warga Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan PBT – Go Green Adventour: Earth, We Heard You ini diadakan pada jam 9.00 pagi bertempat di Pantai Murni Waterfront, Yan, Kedah Darul Aman.

Program ini dianjurkan oleh Pusat Pengajian Kerajaan (SOG) Universiti Utara Malaysia dengan kerjasama Majlis Daerah Yan (MDY) yang melibatkan 30 orang peserta termasuklah dari kalangan para penuntut Universiti Utara Malaysia (UUM), warga kerja MDY dan warga PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan.

Program ini dimulakan dengan aluan daripada pengacara majlis dan seterusnya sesi senaman regangan selama 10 minit. Setelah selesai, semua peserta dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan pengindahan dengan aktiviti cat di sebahagian tembok Pantai Murni. Manakala kumpulan kedua pula melaksanakan aktiviti pembersihan di sepanjang pantai tersebut.

Program ini berlangsung selama hampir 2 jam dan semua peserta berkumpul kembali di tempat yang disediakan bagi acara penutup. Bagi acara penutup pula, bacaan doa telah dipimpin oleh saudara Syafiq Haikal bin Ibrohim. Program kemudiannya diteruskan dengan ucapan yang telah disampaikan oleh saudara Abdul Fattah bin Zaid Arafat, Pengarah Program Go Green Adventour: Earth We Heard You dan disusuli dengan penyerahan sumbangan berupa mockup dan cenderamata kepada wakil Majlis Daerah Yan iaitu Puan Nur Izzati Binti Mohd Sabri, Ketua Jabatan Pembangunan Masyarakat dan disusuli dengan penyampaian cenderamata kepada wakil PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan iaitu Puan Nadhirah binti Roselan.

Turut hadir menjayakan program ini ialah Tuan Mohamad Subhi Bin Abdullah, AMK., BCK. Pegawai Daerah Yan / YDP Majlis Daerah Yan merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan, Ketua Jabatan Khidmat Pengurusan MDY dan Puan Nadhirah binti Roselan (Setiausaha PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan).Sekalung penghargaan dan ucapan tahniah diucapkan kepada pihak penganjur iaitu Pusat Pengajian Kerajaan (SOG) UUM selaku penganjur program atas inisiatif yang sangat bermakna ini.

Skip to content