15 JANUARI 2023 (AHAD)

Proses Pelupusan Dokumen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini diadakan bermula jam 9.30 pagi bertempat di perkarangan Pejabat Daerah dan Tanah Yan, Yan, Kedah.

Proses ini diadakan bagi melupuskan secara rasmi segala dokumen yang telah digunakan semasa proses Pilihan Raya Umum Ke-15 yang telah berlangsung pada 19 November 2022 yang lalu.

Turut hadir dalam proses pelupusan ini ialah Tuan Mohamad Subhi Bin Abdullah, AMK., BCK. Pegawai Daerah Yan / YDP Majlis Daerah Yan merangkap Pegawai Pengurus Pilihan Raya P.012 Jerai, para Penolong Pegawai Pengurus Pilihan Raya P.012 Jerai, wakil YB Ahli Parlimen Jerai, Timbalan Pengarah Pejabat Pilihan Raya Negeri Kedah, wakil Ketua Polis Daerah Yan, Pegawai Penerangan Daerah Yan, Ketua Bomba dan Penyelamat Yan dan para petugas Pejabat Pegawai Pengurus Pilihan Raya P.012 Jerai.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah terlibat membantu dan memastikan kelancaran proses pelupusan dokumen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bagi P.012 Jerai.

Skip to content