16 JANUARI 2023 (ISNIN)

Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) MDY Bil. 1 Tahun 2023 yang dipengerusikan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Yan, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK., ini telah diadakan pada jam 4.00 petang bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Yan, Yan, Kedah.

Mesyuarat dimulakan dengan aluan Tuan YDP Pengerusi dan disusuli agenda mengesah dan meluluskan Minit Mesyuarat Jawatankuasa OSC MDY Bilangan 11 Tahun 2022 yang diadakan pada 13 Disember 2022 yang lalu serta pembentangan laporan maklum balas perkara berbangkit dari Minit Mesyuarat tersebut dan disusuli dengan pembentangan dan perbincangan beberapa kertas kerja bagi permohonan baru.

Selain itu, mesyuarat turut mengambil maklum pembentangan Laporan Jumlah Dan Status Fail Permohonan Pelan-Pelan Pemajuan dan Pembentangan Untuk Pengesahan Kertas Pemakluman Permohonan / Pendepositan Bagi Tujuan Rekod PBT (Pendepositan CCC).

Mesyuarat kemudiannya diteruskan dengan agenda hal – hal lain dan diakhiri dengan ucapan penangguhan oleh Tuan YDP Pengerusi.Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah Ahli-Ahli Majlis MDY (politik dan ex-officio), wakil – wakil jabatan / agensi teknikal, Ketua-Ketua Jabatan / Unit teknikal MDY dan urus setia Unit OSC MDY.

Skip to content