16 JANUARI 2023 (ISNIN)

Mesyuarat – mesyuarat ini dipengerusikan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Yan, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK., bermula jam 8.00 pagi bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Yan.Mesyuarat dimulakan dengan aluan Tuan YDP Pengerusi dan disusuli dengan pengesahan Minit-minit Mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Tetap MDY Bilangan 11 Tahun 2022 yang diadakan pada 13 Disember 2022 lalu.

Mesyuarat kemudiannya diteruskan dengan laporan maklum balas perkara berbangkit dari minit – minit Mesyuarat – Mesyuarat Jawatankuasa Tetap tersebut, pembentangan dan pertimbangan perkara – perkara baharu melibatkan beberapa kertas kerja dan laporan bulanan oleh setiap jabatan / unit MDY bagi bulan Disember 2022.

Agenda Mesyuarat kemudiannya disusuli dengan Hal – hal lain dan diakhiri dengan ucapan penangguhan oleh Tuan YDP Pengerusi.Turut hadir dalam mesyuarat – mesyuarat ini ialah Ahli-Ahli Majlis (Politik dan Ex officio), Ketua-Ketua Jabatan / Unit dan para urus setia Majlis Daerah Yan.

Skip to content