MAJLIS PELANCARAN KEMPEN KESELAMATAN JALAN RAYA DAN OPS BERSEPADU

Telah berlangsungnya Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Ops Bersepadu bersempena perayaan Tahun Baru Cina peringkat negeri Kedah tahun 2023 pada 19 Januari 2023. Program bermula dari jam 9.30 pagi hingga 1.00 tengah hari bertempat di Dataran Zero Kilometer, Sungai Petani.

Majlis tersebut dirasmikan oleh YB. Dato’ Azman bin Nasrudin, DSSS., SSS., PJK, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Makanan, Perusahaan, Perladangan & Komoditi, Pengangkutan dan Hal Ehwal Masyarakat India, merangkap Pengerusi Majlis Keselamatan Jalan Raya Negeri Kedah. Turut hadir bersama, Yang Berbahagia Dato’ Haji Muhamad Arof bin Darus, DSDK., AMK., BCK, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Sungai Petani.

Skip to content