Lawatan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Kedah bersama Tunku Puan Mahkota Kedah Ke Tapak Semaian MBAS di Jabi

14 Januari 2023 – Alor Setar: Duli Yang Amat Mulia Tunku Shazuddin Ariff Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Tunku Mahkota Kedah bersama Duli Yang Amat Mulia Che Puan Nur Julie Ariff, Tunku Puan Mahkota Kedah perkenan bercemar duli melawat Tapak Semaian MBAS di Jabi.
Keberangkatan tiba DYAM Tunku Mahkota Kedah dan DYAM Tunku Puan Mahkota Kedah disambut oleh TPr. Abdul Ghani Bin Osman, BCK, Pengarah Jabatan Perancangan Pembangunan, MBAS Bersama Puan Siti Suhaila Binti Ismail, Ketua Bahagian Landskap & Rekreasi, MBAS.
 
Skip to content