PROGRAM LIBAT URUS MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR BERSAMA KOMUNITI PENIAGA KECIL POKOK SENA

15 Januari 2023 (Ahad) – Majlis Bandaraya Alor Setar telah mengadakan Program Libat Urus Bersama Komuniti Peniaga Kecil Pokok Sena yang bertempat di Medan Selera Taman Bandar Baru, Pokok Sena. Program Libat Urus bermula jam 2.30 petang di mana ramai peniaga-peniaga kecil yang telah hadir mambangkitkan isu-isu serta memberikan pelbagai idea dan cadangan demi mambangunkan kawasan perniagaan tersebut.
 
Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Mohd Yusri bin Haji Md Daud, Datuk Bandar Alor Setar dengan acara penanaman pokok bersama wakil komuniti peniaga kecil Pokok Sena. Turut hadir sama ialah En. Nasrankamil Bin Noh, Setiausaha MBAS, Ahli-Ahli Majlis MBAS, Pegawai-Pegawai MBAS serta Komuniti Peniaga Kecil di kawasan berkenaan.
 
 
Skip to content