KULIM 30/1/2023 – Lawatan kerja daripada Japan International Cooperation Agency (JICA) yang diwakili oleh Yasuo KANNAMI sebagai Pengurus Projek dan Li SHUAI daripada Pacific Consultants Co.Ltd.Lawatan kerja ini bagi memahami status semasa inisiatif pembangunan bandar pintar di peringkat Majlis Perbandaran Kulim, mempromosikan kajian dan Pelan Induk Kulim Industry Corridor (KIC) serta demonstrasi Kulim Intergrated Database System (KIDs).

Turut membincangkan cabaran dalam mempromosikan inisiatif bandar pintar seterusnya mewujudkan kerjasama di antara Jepun dan Malaysia dalam bidang bandar pintar terutamanya di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Kulim. Satu sesi lawatan di sekitar Kulim terutamanya di Kawasan Kulim Hi-Tech Park dan Kebun Kejiranan Serai Setia bagi mendapatkan gambaran sebenar di tapak.

Lawatan kerja yang dipengerusikan oleh Tuan Yang Dipertua ini turut dihadiri oleh wakil Setiausaha Bahagian Kerajaan Tempatan Negeri Kedah, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Kedah, PLANMalaysia@Kedah dan Pejabat Projek Zon Utara PLANMalaysia. Jabatan Pertanian Daerah Kulim dan Pejabat Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Daerah Kulim turut bersama di sesi lawatan Kebun Kejiranan Serai Setia.

Skip to content