12 FEBRUARI 2023 (AHAD)

Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat Sempena Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 ini telah diadakan pada jam 8.30 pagi bertempat di Dewan Serbaguna Guar Chempedak, Yan, Kedah.Program bacaan Yasin ini dipimpin oleh Ustaz Muhamad Fikri bin Haji Ishak, Ahli Majlis, Majlis Daerah Yan / Imam Masjid Al Ubudiah, Batu 16, Padang Lumat, Yan, Kedah.Program ini diadakan bagi memohon keberkatan Allah S.W.T dan semoga dipermudahkan semua urusan anak-anak dan para pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan SPM Tahun 2022 serta memperolehi kejayaan cemerlang dalam peperiksaan tersebut nanti.

Program ini telah dihadiri oleh Pegawai Daerah Yan / Yang Dipertua Majlis Daerah Yan merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan, Tuan Mohamad Subhi Bin Abdullah, AMK., BCK., YB ADUN Sungai Limau (Ustaz Mohd Azam bin Abd Samat), Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan (Puan Amila binti Ahmad), Pengerusi Kelab Sukan dan Rekreasi Majlis Daerah Yan (Puan Hasmiza binti Aziz), Pengerusi Kelab Sukan dan Rekreasi Pejabat Daerah dan Tanah Yan (Haji Mohamad Radzi bin Mokhtar) dan Imam Masjid Al-Wustha, Guar Chempedak / Ahli Majlis MDY (Ustaz Mohamad Nizam bin Md Noh).

Antara para tetamu jemputan lain yang turut hadir termasuklah para Ahli Majlis Majlis Daerah Yan (MDY), Penolong Pegawai Daerah (Pendaftaran) PDTY, wakil Ketua Polis Daerah Yan, wakil Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Yan dan Guar Chempedak, wakil Pegawai APM Daerah Yan, wakil Pegawai Agama Daerah Yan, wakil Pegawai Kesihatan Daerah Yan, wakil Pegawai Penerangan Daerah Yan, para ketua / wakil pelbagai jabatan / agensi di Daerah Yan, para Penghulu Mukim, para warga kerja PDTY dan MDY serta para Ahli Jawatan Kuasa dan warga PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan.

Setinggi – tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada seluruh jabatan / agensi / persatuan di Daerah Yan atas kerjasama padu dan komitmen tinggi yang diberikan sepanjang program ini berlangsung.

Skip to content