MAJLIS PELANCARAN PROGRAM E-DUIT DESA DI JENIANG

Telah berlangsungnya Pelancaran Program E-Duit Desa Di Jeniang pada 13 Februari 2023 bertempat di Perkarangan Stesen Bas Jeniang yang dianjurkan oleh Bank Islam Malaysia Berhad. Program ini bertujuan untuk memfokuskan kepada agenda membudayakan penggunaan pembayaran elektronik (e-pembayaran). Kempen ini diperluaskan di Jeniang dengan hasrat untuk menjadikan daerah ini sebagai ‘Desa Tanpa Tunai’.

Majlis pelancaran program ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Marzunisham Omar, Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia. Turut hadir pada program tersebut adalah Yang Berhormat Dato’ Haji Isahak bin Murat, DSSS., SDK., AMK., BCK, Pegawai Kewangan Negeri Kedah Darul Aman, YBhg. Dato’ Haji Muhamad Arof bin Darus, DSDK., AMK., BCK, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah, Encik Mohd Muazzam Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bank Islam Malaysia Berhad dan Puan Noorulhuda binti Mohammed Ali, AMK., BCK, Puan Setiausaha Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah.

Skip to content