Syarat Permohonan :-

  1. Pemohon LAHIR di Negeri Kedah dan BERMASTAUTIN serta MENETAP di Negeri Kedah. (Mengikut alamat pada surat tawaran IPT).
  2. Pendapatan kasar bulanan isi rumah dan bilangan anak adalah seperti berikut :
    i ) RM3,000.00 dan ke bawah – tiada syarat bilangan anak.
    ii) RM3,001.00 – RM6,000.00 – lebih daripada 3 orang anak (selain pemohon) berumur 21 tahun dan ke bawah sahaja.
  3. Permohonan dibuka bagi peringkat DIPLOMA atau IJAZAH SARJANA MUDA secara SEPENUH MASA bagi SEMESTER PERTAMA KEMASUKAN BAHARU TAHUN 2023 sahaja dan hendaklah dikemukakan dalam tempoh yang ditetapkan.
  4. Pemohon telah menerima surat tawaran melanjutkan pelajaran ke IPT DALAM NEGARA atau LUAR NEGARA. (Bidang pengajian diiktiraf oleh Malaysian Qualification Agency).
  5. Pemohon hendaklah membuat BAYARAN PENDAFTARAN AWAL PENGAJIAN atau mengemukakan SURAT PENGESAHAN PENERIMAAN TAWARAN MASUK IPT.
  6. Permohonan hanya diberikan SEKALI SAHAJA sepanjang tempoh pengajian bagi setiap peringkat pengajian yang berbeza.
  7. Pelajar SIJIL/ASASI/MATRIKULASI/FOUNDATION/SARJANA/PhD/Pasca-Siswazah/Separuh Masa/Luar Kampus/Program Persediaan Perguruan/Institusi Perguruan/Latihan Separa Perubatan di Kolej Perubatan/Kejururawatan Kementerian Kesihatan Malaysia TIDAK LAYAK memohon.
  8. Kadar bantuan – RM300.00

Kaedah Permohonan :-

Tarikh Permohonan :-

  • (Semester Pertama Kemasukan Baharu Januari 2023 – Jun 2023)
  • 🗓️ 15 Februari 2023 – 30 Jun 2023

Info Lanjut :-

  • 📞Hotline : 04-7027272 / 04 -7027297
  • 📧E-mel : sppnk@kedah.gov.my
  • 📍Unit Penajaan (BAKIPT), Seksyen Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah, Aras 2, Blok C, Wisma Darul Aman, 05503 Alor Setar Kedah
Skip to content