KENYATAAN TAWARAN TENDER

Pembekal-pembekal Bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan MPSPK serta mempunyai Lesen KDN adalah dipelawa untuk mendaftar bagi kerja-kerja tender di bawah ini.

BIL. TAJUK NO. TENDER KOD BIDANG
1. Tender Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Tanpa Senjata Api di Kompleks Menara MPSPK dan Bangunan-Bangunan Milik MPSPK Untuk Majlis Perbandaran Sungai Petani, Kedah Darul Aman T01/2023
(PER)

220801

Harga Dokumen : RM50.00 senaskhah (kad debit / kad kredit / boost / touch n go)

Dokumen tawaran ini boleh didapati di Kaunter Jualan Dokumen Tender, Jabatan Kewangan, Tingkat 4, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman mulai 19 Februari 2023 pada hari dan waktu seperti di bawah :-

Ahad – Rabu : 8.30 pagi – 12.45 tengah hari
    2.15 petang – 4.30 petang
Khamis : 8.30 pagi – 12.45 tengah hari
    2.15 petang – 3.00 petang

Pembekal atau wakil pembekal dikehendaki membawa dokumen asal Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia, Lesen KDN dan Sijil Akuan Pendaftaran Pembekal yang dikeluarkan oleh MPSPK.

Tarikh tutup tender ialah pada 26 Februari 2023, jam 12.00 tengah hari. Dokumen tawaran tender yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri / bermeteri bertulis nama tawaran dan nombor tender dan dihantar kepada Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman atau dimasukkan terus ke dalam Peti Tawaran Tender di Kaunter Jualan Dokumen Tender, Jabatan Kewangan, Tingkat 4, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Pihak kerajaan tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah sekali daripada mana-mana tawaran.

 

 

 

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI

Tarikh Iklan : 16 Februari 2023

Skip to content