PERTANDINGAN ‘SHOOT’ BOLA JARING ANTARA JABATAN

Telah berlangsungnya Program Sukan MPSPK, Pertandingan “SHOOT” Bola Jaring Antara Jabatan Majlis Perbandaran Sungai Petani Tahun 2023 pada 16 Februari 2023 (Khamis) bermula jam 8.00 pagi bertempat di Padang Hoki, Kompleks MPSPK. Program tersebut telah di rasmikan oleh YBhg. Dato’ Haji Muhamad Arof bin Darus, DSDK., AMK., BCK, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah. Sebanyak 51 kumpulan telah mengambil bahagian.

Johan dirangkul oleh OSC PLUS (Bahagian Pusat Setempat)
Naib Johan dimenangi oleh DATIN NC (Jabatan Kesihatan Persekitaran)
Tempat Ketiga dimenangi oleh ROAD LINE A (Jabatan Kejuruteraan)
Tempat Keempat dimenangi oleh PENILAIAN 2 (Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta)
Tempat Kelima hingga Ke-47 (Hamper)

Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Puan Setiausaha, Puan Noorulhuda binti Mohammed Ali, AMK., BCK, kepada para pemenang. Turut hadir, Pengarah-Pengarah Jabatan & Ketua-Ketua Bahagian. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pasukan yang telah mengambil bahagian.

Skip to content