KULIM 21.02.2023 – Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) menerima kunjungan hormat Delegasi Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) yang diketuai oleh Tuan Mohd Ikram bin Ahmad, Yang Dipertua MDTM bagi Lawatan Kerja Jawatankuasa Pusat Sehenti (OSC) bertempat di Bilik Al-Hikmah MPKK. Sesi kunjungan hormat telah disambut oleh Dr. Haji Nadzman bin Mustaffa, Yang Dipertua MPKK.

Dalam lawatan kerja ini, delegasi diberi penerangan mengenai Permit Pembinaan Ekspress – E10 iaitu satu inisiatif bagi pengeluaran permit pembinaan secara pantas. Inisiatif yang diperkenalkan bagi membolehkan interaksi yang berkesan di antara pelabur dan Pihak Berkuasa Tempatan untuk memudahkan kerja-kerja pembinaan dan akhirnya pengeluaran produk dapat dikeluarkan mengikut garis masa yang telah ditetapkan tanpa kelewatan.

Objektif lawatan kerja ini adalah menambah pengetahuan pihak MDTM berkenaan mekanisme proses kelulusan permohonan tapak industri kaedah inisiatif E10. Sebagai penanda arasan dalam memudahcara pembangunan Kawasan Perindustrian. Sesi taklimat pembangunan KHTP dan pelaksanaan inisiatif E10 ini telah disampaikan oleh TPr. Haji Hamzah bin Ab. Halim, Pengarah Jabatan Perancangan dan Landskap MPKK. Delegasi MDTM seterusnya di bawa ke sekitar Kawasan Industri Kulim Hi-Tech bagi melihat pembangunan infrastruktur serta pelaksanaan projek pembangunan secara lebih dekat.

Skip to content