Kulim, 16.02.2023 – Kursus Pengukuhan Integriti melalui pemahaman Sistem Pengurusan Anti-Rasuah (SPAR) Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Alamanda, Kulim Inn dengan siri kali ini dihadiri 35 anggota MPKK.

Kursus disampaikan oleh Encik Alif bin Hamzah, Pegawai Undang-Undang MPKK yang juga bertindak sebagai Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO).Objektif kursus bagi menyebar luas dan berkongsi dengan rakan kerja berkaitan pengukuhan nilai integriti dan anti jenayah rasuah melalui pemahaman kepada SPAR serta menjadi wadah perkongsian amalan baik serta pengukuhan integriti yang telah dan akan dilaksanakan di jabatan.Ini adalah usaha berterusan Majlis Perbandaran Kulim dalam memupuk budaya intergriti.

Mengukuhkan daya rintang terhadap jenayah rasuah. Dengan pengukuhan integriti dikalangan warga kerja, semestinya mampu meningkatkan lagi kualiti dan ketelusan sistem penyampaian perkhidmatan.

Skip to content