22 HINGGA 23 FEBRUARI 2023

KURSUS PEMANTAPAN DAN PEMERKASAAN PENGUATKUASAAN DI BAWAH AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976

Kursus Pemantapan dan Pemerkasaan Penguatkuasaan Di Bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 ini dianjurkan oleh Majlis Daerah Bandar Baharu bertempat di Bilik Mesyuarat Majlis Daerah Bandar Baharu, Serdang, Kedah.

Penceramah yang dijemput untuk sesi kursus 2 hari ini adalah Dr. Elina Binti Mohd, Pegawai Undang-undang daripada Majlis Bandaraya Alor Setar, Kedah.

Kursus ini menumpukan kepada Prosedur Penyediaan Senarai Nilaian, Prosedur Mengeluarkan Notis Kesalahan/Kompaun dan Prosedur Membuka Kertas Siasatan. 

Penyertaan peserta adalah kakitangan daripada Bahagian Penilaian dan Pengurusan Harta, Bahagian Kesihatan dan Pelesenan, semua Penguatkuasa dan pegawai-pegawai lain yang berkaitan. 

Gambar-gambar adalah sekitar kursus berlangsung. 

Sekian. 

Skip to content