KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA

Kontraktor-kontraktor Bumiputera yang mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM / CIDB) di negeri Kedah Darul Aman dan MPSPK yang masih dibenar membuat kerja-kerja sebut harga adalah dipelawa untuk mendaftar bagi kerja-kerja sebut harga di bawah ini.

BIL. NO. SEBUTHARGA TAJUK SYARAT PENDAFTARAN TARIKH TAKLIMAT / LAWATAN TAPAK
1 30/2023
(KEJ)
Kerja-Kerja Senggaraan dan Pembaikan Tahunan Elektrik Bangunan Serta Perkakasan Untuk Bangunan, Dewan, Galeri, Pasar, Gerai dan Bangunan-Bangunan Yang Berkaitan, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Kedah Darul Aman

Berdaftar dengan CIDB

Gred G2 atau G3

Pengkhususan E01, E04, E06, E10, E11, E17

Berdaftar di Negeri Kedah

-Tiada-

Harga Dokumen : RM50.00 senaskhah (kad debit / kad kredit / boost / touch n go)

Dokumen tawaran ini boleh didapati dari Kaunter Jualan Dokumen Sebut Harga dan Tender, Jabatan Kewangan, Tingkat 4, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman mulai 08 Mac 2023 dan waktu seperti berikut :-

Ahad – Rabu : 8.30 pagi – 12.45 tengah hari
    2.15 petang – 4.30 petang
Khamis : 8.30 pagi – 12.45 tengah hari
    2.15 petang – 3.00 petang

Kontraktor-kontraktor yang ingin menyertai sebut harga di atas hendaklah datang sendiri (wakil tidak dibenarkan) membawa bersama cop syarikat, dokumen asal Perakuan Pendaftaran Kontraktor, Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM / CIDB), Sijil Taraf Bumiputera yang dikeluarkan oleh Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan Sijil Akuan Pendaftaran Pembekal yang dikeluarkan oleh MPSPK.

Tarikh tutup sebut harga ialah pada 15 Mac 2023, jam 12.00 tengah hari. Dokumen tawaran sebut harga yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bertulis nama tawaran serta nombor sebut harga dan di hantar kepada Yang DiPertua, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman serta dimasukkan terus ke dalam Peti Tawaran Sebut Harga di Kaunter Jualan Dokumen Sebut Harga dan Tender, Jabatan Kewangan, Tingkat 4, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Pihak kerajaan tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah sekali daripada mana-mana tawaran.

 

 

 

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI

Tarikh Iklan : 01 Mac 2023

Skip to content