2 MAC 2023 (KHAMIS)

Taklimat Pengurusan Kewangan (Harta Pusaka Islam dan Hibah) ini telah diadakan pada jam 8.30 pagi bertempat di Dewan D’Yan Chalet, Yan, Kedah.Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh Haji Ahmad Fisal bin Md Thahir dari Jabatan Khidmat Pengurusan Majlis Daerah Yan dan seterusnya disusuli dengan sesi taklimat Kepentingan Merancang Harta Pusaka oleh Encik Mohammad Ansor Bin Mohd Asri Executive Pemasaran & Perniagaan as-Salihin Trustee Berhad, Mrs. See Chew Lee, Senior Agency Manager dan Puan Sharifa Bee Binti Ibrahim, Aspiring Unit Manager.

Program diakhiri dengan sesi soal jawab dan sesi bergambar bersama semua peserta yang menghadiri sesi taklimat tersebut.Turut hadir dalam program ini ialah para Ketua Jabatan / Unit dan warga kerja Majlis Daerah Yan serta warga PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan.

Skip to content