06-07 MAC 2023 (AHAD DAN ISNIN)

Mesyuarat ini telah diadakan selama dua hari bertempat di Raia Hotel & Convention Center, Alor Setar, Kedah Program pada hari pertama bermula jam 8.30 pagi dengan Sesi Pendaftaran, Mesyuarat Kerja Peranan & Tanggungjawab Pegawai Pengurus, Simulasi Proses Penamaan Calon, Simulasi Proses Penjumlahan Rasmi Undi & Latih Amal yang berakhir pada jam 4.30 petang.

Manakala, program pada hari kedua pula bermula jam 8.30 pagi dengan Sesi Pendaftaran, Simulasi Pengurusan Undi Pos, Simulasi Pengurusan Pengundian & Pengiraan Undi dan berakhir pada jam 1.00 tengah hari.Mesyuarat Kerja dan Proses Simulasi ini telah dikendalikan oleh Pejabat Pilihan Raya Negeri Kedah dengan kerjasama Akademi Pilihan Raya SPR.

Turut hadir dalam program ini ialah Pengarah dan Timbalan Pengarah Pejabat Pilihan Raya Negeri Kedah, Tuan Pegawai Daerah Yan / YDP Majlis Daerah Yan merangkap Pegawai Pengurus N.20 Sungai Limau (Tuan Mohamad Subhi Bin Abdullah, AMK., BCK.), KPPD (Pengurusan Tanah) merangkap Pegawai Pengurus N.21 Guar Chempedak (Puan Noorul Azyyati Binti Ahmad Salmi), KPPD (Pembangunan) / Setiausaha Majlis Daerah Yan merangkap Pegawai Pengurus N.22 Gurun (Encik Mohd Akmal Bin Azimi), para Penolong Pegawai Pengurus dan Pembantu Pilihan Raya DUN / Undi Awal / Undi Pos / Urus Setia / Kewangan.

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada Pejabat Pilihan Raya Negeri Kedah dan Akademi Pilihan Raya SPR atas kejayaan dan kelancaran penganjuran Mesyuarat dan Simulasi selama dua hari ini sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Dewan Negeri Kedah Ke-15.

Skip to content