MAJLIS PELANCARAN DRIVE – THRU RECYCLE CENTRE (DTRC) SUNGAI PETANI
Sekitar Majlis Pelancaran Pusat Pandu Lalu Kitar Semula (DTRC) yang bertempat di Taman Tunku Haminah, Sungai Petani, Kedah. Majlis telah dirasmikan oleh YB. Dato’ Haji Norizan bin Khazali, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah. Turut hadir, YBhg. Dato’ Haji Muhamad Arof bin Darus, DSDK., AMK., BCK, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Sungai Petani, Kedah dan YBrs. Encik Zaki Abdul Aziz Daud, Ketua Pegawai Eksekutif EISB serta YBrs. Encik Nordin Amat, Pengarah SWCORP Negeri Kedah, Presiden CUEPACS, Dato’ Haji Adnan bin Mat, Pengarah-Pengarah Jabatan dan Ketua-Ketua Bahagian dalaman MPSPK.
Perasmian pusat kitar semula itu tidak lain adalah untuk memberikan kemudahan kepada penduduk Sungai Petani bagi menghantar barangan yang boleh dikitar semula seperti berikut :
Besi
Gelas
Kertas Campur
Kertas Hitam Putih
Kotak (OCC)
Minyak Masak Terpakai
Plastik Campur
Plastik HDPE
Plastik Pet
Surat Khabar Lama
Tin
Tin Aluminium
DTRC secara tidak langsung akan memudahkan dan menjimatkan masa pelanggan kerana ia adalah sistem pandu lalu. Marilah kita bersama-sama laksanakan tanggungjawab kita bagi memastikan alam sekitar dapat dijaga dan dipelihara.



























