8 MAC 2022 (RABU)
Mesyuarat – mesyuarat ini dipengerusikan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Yan, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK., bermula jam 10.00 pagi bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Yan.
Mesyuarat dimulakan dengan aluan Tuan YDP Pengerusi dan disusuli dengan pengesahan Minit-minit Mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Tetap MDY Bilangan 2 Tahun 2023 yang diadakan pada 14 Februari 2023 lalu.Mesyuarat kemudiannya diteruskan dengan laporan maklum balas perkara berbangkit dari minit – minit Mesyuarat – Mesyuarat Jawatankuasa Tetap tersebut, pembentangan dan pertimbangan perkara – perkara baharu melibatkan beberapa kertas kerja dan laporan bulanan oleh setiap jabatan / unit MDY bagi bulan Februari 2023.
Agenda Mesyuarat kemudiannya disusuli dengan Hal – hal lain dan diakhiri dengan ucapan penangguhan oleh Tuan YDP Pengerusi.Turut hadir dalam mesyuarat – mesyuarat ini ialah Tuan Setiausaha, Ahli-Ahli Majlis (Politik dan Ex officio), Ketua-Ketua Jabatan / Unit dan para urus setia Majlis Daerah Yan.