9-11 MAC 2023 (KHAMIS-SABTU)

Program Pemantapan Integriti Dan Sahsiah Diri Kelab Kebajikan Dan Rekreasi Majlis Daerah Yan ini telah diadakan pada 09 hingga 11 Mac 2023 bertempat di Banting dan Sabak Bernam, Selangor. Program ini telah dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Rekreasi Majlis Daerah Yan melibatkan seramai 29 orang warga kerja Majlis Daerah Yan termasuk 15 orang ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan.

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan termasuklah Ice Breaking Team Formation Activity Management Games 1 (Copy and Paste), Management Games 2 (Lake Crossing Mission), Bamboo Jump dan Tadom Splash.

Objektif utama program ini ialah untuk memupuk kepentingan budaya kerja berpasukan berprestasi tinggi dalam pengurusan organisasi, mengeratkan hubungan silaturrahim antara kakitangan, meningkatkan pencapaian sasaran kerja berkualiti tinggi dan menambah nilai – nilai yang positif dalam pengurusan emosi untuk meningkatkan tahap profesionalisme diri yang unggul serta menjana idea yang kreatif khususnya untuk sektor pelancongan di daerah Yan selaras dengan slogan *“Yan Daerah Pelancongan Desa”.

*Turut berkesempatan menghadiri dan memantau program ini ialah Tuan Setiausaha Majlis Daerah Yan, Encik Mohd Akmal bin Azimi.Majlis penutup program ini telah diadakan pada 10 Mac 2023 jam 8.30 malam beserta Majlis Penyerahan Cenderamata kepada seorang kakitangan Majlis Daerah Yan yang akan bersara pada bulan Mei 2023 dan seorang lagi kakitangan yang akan bertugas di tempat baharu.

Majlis ini juga telah disempurnakan oleh Pengerusi Kelab Kebajikan dan Rekreasi Majlis Daerah Yan, Puan Hasmiza binti Aziz dan Timbalan Pengerusi Kelab Kebajikan dan Rekreasi Majlis Daerah Yan, Encik Mohamad Khairi Mahir bin Zolkofle. Beliau mengucapkan tanhiah dan terima kasih kepada para peserta yang menyertai program tersebut atas komitmen tinggi dan kerjasama padu yang diberikan sepanjang program berlangsung.

Skip to content