14 MAC 2023 (SELASA)

Program Cabutan Undi Tapak Bazar Ramadhan Daerah Yan Bagi Tahun 1444H / 2023 ini telah diadakan pada jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Dato’ Madi, Yan, Kedah.Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh Ketua Whip Ahli Majlis MDY, Tuan Haji Abd Hamid bin Saad dan diteruskan dengan sesi taklimat oleh wakil Pejabat Agama Daerah Yan, wakil Ibu Pejabat Polis Daerah Yan, wakil Pejabat Kesihatan Daerah Yan, wakil SWCorp, wakil PERKESO dan Jabatan Penguatkuasaan MDY.

Program diteruskan lagi dengan pengisian cabutan nombor tapak oleh para peniaga tersebut berdasarkan lokasi – lokasi Bazar Ramadhan ditetapkan iaitu Bukit Besar, Sungai Limau Dalam dan Pekan Yan Besar yang melibatkan sejumlah 96 buah tapak. Selain itu, para peniaga juga dibekalkan dengan apron seragam yang disediakan oleh Majlis Daerah Yan (MDY).

Turut hadir di dalam program ini ialah Ketua Jabatan Kesihatan Persekitaran MDY dan urus setia program dari Jabatan Kesihatan Persekitaran MDY.Semoga program seperti ini dapat membantu para peniaga untuk membuat persediaan secukupnya dari pelbagai aspek sebelum masing – masing memulakan perniagaan semasa Bazar Ramadhan yang dijangka bakal bermula pada minggu terakhir Mac 2023 ini.Selain itu, diharap para peniaga juga dapat menyediakan juadah berbuka puasa dengan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh MDY dan PKDY terutamanya dari aspek kualiti dan kebersihan makanan serta para penjaja / penyedia makanan berkaitan.

Skip to content