15 MAC 2023 (RABU)

Bengkel ini diadakan pada jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Seminar D’Yan Chalet, Titi Hayun, Yan dan dipengerusikan oleh Ketua Jabatan Kejuruteraan, Puan Irnifitrina Binti Ishak selaku penyelaras bengkel ini. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk mendapatkan idea / pandangan dan menggubal dasar berhubung tatacara permohonan dan kelulusan permit sementara bangunan bagi premis – premis perniagaan yang dibina tanpa kebenaran.

Langkah ini juga diambil bagi membolehkan premis-premis tersebut dapat beroperasi dengan lesen perniagaan yang sah dan membantu meningkatkan hasil Majlis Daerah Yan.Antara perkara yang dibincangkan ialah dari segi saiz bangunan, anjakan bangunan, jenis perniagaan dan beberapa kriteria lain lagi.

Perbincangan ini juga turut mengambilkira kesesuaian premis dan lokasi tanpa membelakangkan garis panduan dan undang-undang sedia ada yang berkuatkuasa.Selain itu juga, bengkel ini membincangkan halatuju bagi kaedah pemutihan bangunan – bangunan perniagaan tanpa kelulusan pelan. Para peserta Bengkel bersetuju untuk diadakan suatu platform yang lain bagi memperhalusi dan meneliti perkara ini secara lebih terperinci.

Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan Tanah) / Ahli Majlis (Ex Officio) MDY, Puan Noorul Azyyati binti Ahmad Salmi, wakil Jabatan Kerja Raya Daerah Yan, wakil PlanMalaysia@Kedah, Ketua-Ketua Jabatan / Unit MDY berkaitan serta urus setia dari Jabatan Kejuruteraan MDY.

Skip to content