16 MAC 2023 (KHAMIS)

Program Bicara Nur A’la Nur untuk kakitangan awam Kerajaan Negeri Kedah ini telah diadakan pada jam 8.30 pagi bertempat di Dewan Serbaguna, Guar Chempedak, Yan, Kedah.

Program dimulakan dengan Bacaan Doa yang dipimpin oleh Ustaz Mohd Zamri Bin Zakaria, Pembantu Hal Ehwal Islam , Pejabat Agama Daerah Yan dan disusuli dengan Ucapan Perasmian oleh Pegawai Daerah Yan / Yang Dipertua Majlis Daerah Yan merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK.

Program kemudiannya diteruskan lagi dengan sesi bicara Nur A’la Nur yang disampaikan oleh YBhg. Tuan Syeikh Mohamad Rodi bin Abdul Rahman, Pengerusi Yayasan Islam Negeri Kedah yang bertajuk Fiqh Pengurusan Tanah yang berlangsung selama sejam . Program diakhiri dengan sesi soal jawab dan sesi bergambar bersama semua tetamu jemputan dan para peserta yang hadir ke sesi program tersebut.

Turut serta dalam program ini ialah YB. Ustaz Mohd. Azam bin Abd. Samat [ADUN Sungai Limau], Puan Nurul Azyyati binti Ahmad Salmi [Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan Tanah) merangkap Timbalan Pengerusi PUSPANITA Daerah Yan], Ahli – Ahli Majlis Daerah Yan, Ketua-ketua / wakil jabatan dan agensi Daerah Yan, Pengerusi dan AJK Persatuan-persatuan Daerah Yan, Ketua Jabatan / Unit MDY dan PDTY serta para warga kerja Majlis Daerah Yan, Pejabat Daerah dan Tanah Yan serta para warga PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan.

Skip to content