Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,Adalah dimaklumkan bahawa Majlis Daerah Yan sedang menjalankan suatu penyelidikan bertajuk “Kajian Kepuasan Pelanggan Di Kawasan Pentadbiran MDY 2023”.

Tujuan utama kajian ini ialah:

1. Mengetahui tahap kepuasan pelanggan di kawasan pentadbiran MDY.

2. Mendapatkan cadangan konstruktif untuk penambahbaikkan perkhidmatan kepada pelanggan dalam kawasan MDY.

Sehubungan itu, tuan/puan dimohon untuk melengkapkan semua butiran dengan melayari pautan URL https://forms.gle/HMEdwLCjbPWHfrzY6 seperti berikut.

Semua maklumat adalah untuk kegunaan kajian ini sahaja. Sebarang kemusykilan tuan/puan boleh menghubungi Unit Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awam di talian 04-4655745 untuk pertanyaan dan rujukan.Segala butiran yang dinyatakan dalam soal selidik ini adalah SULIT dan hanya tujuan penyelidikan semata-mata. Kami ingin mengucapkan terima kasih di atas kerjasama dan penyertaan anda dalam kajian ini.

Skip to content