19 MAC 2023 (AHAD)

Mesyuarat ini diadakan pada jam 3.30 petang secara hibrid bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Yan dan dipengerusikan oleh Tuan Yang Dipertua Majlis Daerah Yan, Tuan Mohamad Subhi Bin Abdullah, AMK., BCK.

Mesyuarat dimulakan dengan aluan Pengerusi dan disusuli dengan pengesahan Minit Mesyuarat MBJ MDY Bil.3/2022 bertarikh 07 Disember 2022 serta laporan maklum balas perkara – perkara berbangkit dari Minit Mesyuarat tersebut.

Mesyuarat kemudiannya diteruskan dengan pembentangan usul – usul oleh Pihak Pekerja serta perkara – perkara baharu oleh Pihak Pegawai / Pengurusan untuk makluman para ahli Mesyuarat termasuklah perancangan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang – Sanjungan Budi Lambaian Kasih Tahun 2023 untuk para warga kerja MDY pada 22 Mac 2023 (Rabu) bertempat di Dewan Dato Madi, Yan, Kedah dan cadangan beberapa aktiviti sempena Bulan Ramadan 1444H / 2023M antaranya termasuklah Majlis Penyampaian Sumbangan dan Berbuka Puasa Bersama YAB Menteri Besar Kedah di Daerah Yan.Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah Tuan Setiausaha MDY serta para ahli dari Pihak Pegawai / Pengurusan dan Pihak Pekerja serta urus setia Mesyuarat MBJ MDY.

Skip to content