NOTIS PEMBERITAHUAN :

NOTIS PERPINDAHAN SEMENTARA TAPAK PASAR MALAM BANDAR BAHARU SEMPENA PROGRAM BAZAR RAMADAN 2023

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa sempena program Bazar Ramadan  Tahun 2023 pada 23 MAC – 21 APRIL 2023, tapak Pasar Malam Bandar Baharu akan berpindah ke tapak bersebelahan (sementara) di Jalan Masjid bermula 22 MAC 2023 (RABU) SEHINGGA TAMAT PROGRAM BAZAR RAMADAN TAHUN 1444H/2023. Kedudukan petak berniaga adalah berdasarkan konsep “first come first serve”.

Tuan / Puan juga hanya dibenarkan masuk dan meletak peralatan di tapak sementara tersebut BERMULA JAM 3.00 PETANG PADA HARI PASAR MALAM  berlangsung.

Jika tuan / puan gagal mematuhi syarat yang ditetapkan, pihak Majlis akan menjalankan tindakan PENGUATKUASAAN. Segala urusan perpindahan ini akan dikawal selia oleh pegawai dan kakitangan Majlis Daerah Bandar Baharu.

Kerjasama dan perhatian tuan/puan dalam perkara ini amat diharapkan dan di dahului dengan ucapan terima kasih. Harap Maklum.


Dengan Perintah,

Yang Dipertua,
Majlis Daerah Bandar Baharu

Skip to content