02 APRIL 2023 (AHAD)

Majlis Penyampaian Sumbangan Bantuan Bencana Kepada Mangsa Bencana Ribut Di Daerah Yan ini telah disempurnakan oleh Pegawai Daerah Yan / Tuan Yang Dipertua Majlis Daerah Yan, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK. bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Yan pada jam 04:00 petang.

Ia turut dihadiri oleh Penolong Pegawai Daerah (Pendaftaran / Pengurusan Daerah), Encik Mohammad Afifi bin Mohammad, Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Yan, Leftenan Muhammad Zul Izzi bin Zulkifli dan Penghulu Mukim Sala Besar, Encik Ahmad Shauki bin Shaari.Sumbangan bantuan yang disampaikan berupa wang tunai dari Akaun Bencana Daerah Yan dan Akaun Pegawai Daerah Yan serta sumbangan pek makanan dan keperluan harian oleh pihak NADMA yang disalurkan melalui APM Daerah Yan.

Semua bantuan ini disumbangkan kepada para mangsa bencana ribut yang telah berlaku pada 27 Mac 2023 lalu yang melibatkan 47 buah rumah dari beberapa buah kampung di Mukim Sala Besar dan Mukim Sungai Daun,Yan, Kedah.Semoga sumbangan yang diberikan ini diharap dapat membantu meringankan sedikit bebanan kepada semua keluarga mangsa yang terlibat dan didoakan agar mereka tabah dan bersabar atas ujian dan dugaan yang dihadapi.

Skip to content