02 APRIL 2023 (AHAD)

Mesyuarat ini diadakan pada jam 10.00 pagi bertempat di Dewan Serbaguna, Guar Chempedak, Yan dan dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Yan / Yang Dipertua Majlis Daerah Yan, Tuan Mohamad Subhi Bin Abdullah, AMK., BCK.

Mesyuarat dimulakan dengan ucapan aluan Tuan Pengerusi dan diteruskan dengan pembentangan mengenai Aturcara Majlis Penyampaian Sumbangan Sempena Ramadan Oleh Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Presiden Jemaah Dato’- Dato’ Negeri Kedah yang dijangka akan diadakan di Dewan Serbaguna, Guar Chempedak pada 06 April 2023 (Khamis) bersamaan 15 Ramadan 1444H melibatkan seramai 100 orang penerima.

Beberapa jawatankuasa kecil turut dibentuk dan dianggotai oleh pelbagai jabatan / agensi berkaitan bagi memastikan kelancaran dan kejayaan program berkenaan.Turut hadir bersama dalam mesyuarat ini ialah Setiausaha Jemaah Dato’- Dato’ Negeri Kedah YBhg. Dato’ Haji Mohamad Bin Haji Che Nai, DSDK., SDK., AMK., BCK. wakil Setiausaha Sulit kepada KDYMM Tuanku Sultan Kedah, Penolong Setiausaha Bahagian (Istiadat dan Pengurusan Majlis), wakil YDP Majlis Daerah Yan, wakil Jurutera JKR Stor Negeri Kedah, wakil Jurutera Daerah JKR Yan, wakil Jurutera Elektrik Negeri Kedah, wakil Ketua Polis Daerah Yan, wakil Pegawai Kesihatan Daerah Yan, wakil Pegawai Agama Daerah Yan, wakil Pengarah Hospital Yan, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Guar Chempedak, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan Tanah) Puan Noorul Azyyati Binti Ahmad Salmi, BCK., Penolong Pegawai Daerah (Pendaftaran) Encik Mohammad Afifi Bin Mohammad, wakil Pegawai Penerangan Daerah Yan, Pegawai APM Daerah Yan, wakil Pegawai RELA Daerah Yan, Setiausaha PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan, Pengurus E IDAMAN , wakil SADA Daerah Yan, wakil Pengurus TNB Guar Chempedak, para Penghulu Mukim Daerah Yan, Ketua-Ketua Jabatan Majlis Daerah Yan, Penolong Pegawai Tadbir dan urus setia dari Pejabat Daerah dan Tanah Yan.

Skip to content