02 APRIL 2023 (AHAD)

Mesyuarat ini diadakan secara hibrid pada jam 2.30 petang bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Yan dan dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Yan / Yang Dipertua Majlis Daerah Yan, Tuan Mohamad Subhi Bin Abdullah, AMK., BCK.

Mesyuarat dimulakan dengan ucapan aluan Tuan Pengerusi dan diteruskan dengan pembentangan mengenai Aturcara Majlis Pengurniaan Dan Sumbangan Aidilfitri Yayasan Anak-Anak Yatim Sultanah Haminah Bagi Sesi 2023 yang dijangka akan diadakan di Masjid Sultanah Haminah, Dulang Kechil, Yan, Kedah pada 08 April 2023 (Sabtu) bersamaan 17 Ramadan 1444H. Sempena Majlis Pengurniaan Dan Sumbangan Aidilfitri berkenaan, Yang Maha Mulia Tuanku Hajah Haminah Binti Haji Hamidun, Che Puan Besar Kedah akan mengurniakan sumbangan kepada 20 orang anak yatim dari lima (5) di Daerah Yan.

Beberapa jawatankuasa kecil turut dibentuk dan dianggotai oleh pelbagai jabatan / agensi berkaitan bagi memastikan kelancaran dan kejayaan program berkenaan.Turut hadir bersama dalam mesyuarat ini ialah wakil YDP Majlis Daerah Yan, wakil Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Muda/Yan, wakil Pegawai Agama Daerah Yan, wakil Jurutera JKR Stor Negeri, wakil Jurutera Daerah JKR Yan, wakil Pegawai Kesihatan Daerah Yan, wakil Ketua Polis Daerah Yan, wakil Pegawai Penerangan Daerah Yan, wakil Pegawai RELA Daerah Yan, Pegawai APM Daerah Yan, wakil Pengarah Hospital Yan, wakil Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Yan, wakil Yayasan Anak-anak Yatim Sultanah Haminah, wakil Pengurus SADA Daerah Yan, wakil Pengurus TNB Guar Chempedak, Pengurus E IDAMAN, Imam dan Setiausaha Jawatankuasa Kariah Masjid Sultanah Haminah, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan Tanah) / Timbalan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan (Puan Noorul Azyyati Binti Ahmad Salmi, BCK.), Penolong Pegawai Daerah (Pendaftaran) (Encik Mohammad Afifi Bin Mohammad), para Penghulu Mukim Daerah Yan, Penolong Pegawai Tadbir dan urus setia dari Pejabat Daerah dan Tanah Yan.

Skip to content