KULIM 19.03.2023 – Program gotong royong Taman Kelulut adalah kolaborasi pihak MPKK, Universiti Utara Malaysia, E-idaman, Bomba dan SWCorp.
Majlis perasmian oleh Puan Noriah Mohd Ramli, Ahli Majlis MPKK Zon 8. Program dihadiri oleh pegawai MPKK, Ahli Majlis MPKK, anggota MPKK, Pelajar Praktikal serta penduduk setempat .
Antara pengisian program adalah taklimat 3R (Reduce, Reuse, Recycle) oleh Prof. Madya TS. Dr. Mohd Rizal Razalli (UUM) sebagai langkah membantu pembangunan kelestarian alam sekitar. Taklimat pengenalan asas sistem akuaponik, kombinasi akuakultur (ternakan ikan) dan hidroponik (tanaman tanpa tanah) dalam satu pusingan air oleh Prof. madya Ts. Dr. Mohamad Farizal Rajemi (UUM).
Konsep akuaponik mempunyai banyak kelebihan kerana tanaman tidak perlu disiram dan dibaja kerana mendapat nutrisi daripada air kolam dan tidak terkesan dengan keadaan cuaca panas. Akuaponik hanya memerlukan beberapa peralatan terutama kolam mengikut saiz yang diingini, sistem paip dan pasu bunga serta pam air yang disediakan mengikut kreativiti sendiri asalkan berlaku kitaran air antara kolam dan tanaman. Program diteruskan dengan aktiviti membersihkan kawasan sekitar Taman Kelulut dan Akuaponik Komuniti.