06 APRIL 2023 (KHAMIS)

Majlis Penyampaian Sumbangan Sempena Ramadan oleh Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Presiden Jemaah Dato’-Dato’ Negeri Kedah Bagi Tahun 1444H / 2023M ini telah diadakan pada jam 10.00 pagi bertempat di Dewan Serbaguna, Guar Chempedak, Yan, Kedah.

Majlis Penyampaian Sumbangan ini dimulakan dengan sesi pendaftaran para penerima sumbangan melibatkan 5 mukim di Daerah Yan iaitu Mukim Sala Besar, Mukim Sungai Daun, Mukim Dulang, Mukim Yan dan Mukim Singkir.

Keberangkatan tiba DYTM Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Raja Muda Kedah merangkap Presiden Jemaah Dato’ – Dato’ Negeri Kedah telah disambut oleh Tuan Pegawai Daerah / YDP Majlis Daerah Yan, Tuan Mohamad Subhi Bin Abdullah, AMK., BCK, bersama para dif kenamaan serta ketua jabatan / agensi Daerah Yan dan penghulu – penghulu mukim.Agenda Majlis kemudiannya diteruskan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Tuan Syeikh Alwi Bin Othman, Pegawai Agama Daerah Yan dan disusuli dengan ucapan aluan oleh Pegawai Daerah Yan, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK., serta ucapan daripada YBhg. Dato’ Paduka Haji Syed Unan Mashri bin Syed Abdullah, Timbalan Presiden Jemaah Dato’ – Dato’ Negeri Kedah.

Majlis Penyampaian Sumbangan pada hari ini telah disempurnakan oleh DYTM Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Raja Muda Kedah kepada 100 orang penerima (termasuk 20 orang penerima bukan Muslim) melibatkan 20 orang penerima dari 5 mukim yang terdiri daripada golongan warga emas, OKU dan fakir miskin melibatkan pemberian bantuan tunai dan barangan keperluan harian.Turut hadir dalam Majlis ini ialah Yang Berbahagia Dato’ Bijaya Indera Dato’ Paduka Haji Syed Unan Mashri bin Syed Abdullah (Timbalan Presiden Jemaah Dato’ – Dato’ Negeri Kedah), Yang Berbahagia Dato’ Pengelola Bijaya DiRaja Dato’ Paduka Haji Bakar bin Din (Naib Presiden 1 Jemaah Dato’ – Dato’ Negeri Kedah), Yang Berbahagia Dato’ Cheah Soon Hai (Naib Presiden II Jemaah Dato’ – Dato’ Negeri Kedah), Yang Berbahagia Dato’ Haji Mohamad bin Che Nai (Setiausaha Jemaah Dato’ – Dato’ Negeri Kedah), Yang Berbahagia Dato’ Cheng Lai Hock (Bendahari Jemaah Dato’ – Dato’ Negeri Kedah), para Ahli Jawatankuasa Jemaah Dato’ – Dato’ Negeri Kedah, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan Tanah) / Timbalan Pengerusi 1 PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan (Puan Noorul Azyyati Binti Ahmad Salmi, BCK.), Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) / Setiausaha Majlis Daerah Yan (Encik Mohd Akmal Bin Azimi), Penolong Pegawai Daerah (Pendaftaran) (Encik Mohammad Afifi Bin Mohammad), para Ahli Majlis MDY (Majlis Daerah Yan), para ketua / wakil jabatan dan agensi Daerah Yan, semua Penghulu Mukim Daerah Yan, para Imam di Daerah Yan, para Ahli Jawatankuasa dan warga PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan , para warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Yan serta Majlis Daerah Yan selaku urus setia bersama Majlis tersebut.

Semoga sumbangan yang disampaikan tersebut dapat membantu para penerima sumbangan berkenaan serta keluarga masing-masing dalam menjalani ibadah puasa sepanjang bulan Ramadan 1444H / 2023M ini dan membuat persiapan serta persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri 1444H / 2023M yang bakal tiba tidak lama lagi.Sekalung penghargaan dan setinggi – tinggi ucapan terima kasih dirakamkan kepada Jemaah Dato’ – Dato’ Negeri Kedah atas keprihatinan dan sumbangan bantuan yang disalurkan kepada golongan yang memerlukan khususnya di Daerah Yan.

Skip to content