08 APRIL 2023 (SABTU)

Majlis Pengurniaan dan Sumbangan Aidilfitri Yayasan Anak-anak Yatim Sultanah Haminah (YAYSH) Bagi Sesi 2023 Peringkat Daerah Yan ini diadakan pada jam 6.00 petang bertempat di Masjid Sultanah Haminah, Dulang Kechil, Mukim Dulang, Yan, Kedah.Majlis Pengurniaan dan Sumbangan ini dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Sohibul Fadhilah Tuan Sheikh Alwi bin Othman, Pegawai Agama Daerah Yan dan disusuli dengan ucapan aluan oleh Pegawai Daerah Yan / YDP Majlis Daerah Yan, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK.

Majlis Pengurniaan dan Sumbangan Aidilfitri ini telah disempurnakan oleh Yang Maha Mulia Che Puan Besar Hajah Haminah binti Haji Hamidun, Che Puan Besar Kedah kepada 20 orang penerima yang terdiri daripada anak-anak yatim dari semua lima mukim di Daerah Yan iaitu Mukim Sala Besar (4 orang), Yan (4 orang), Sungai Daun (4 orang), Dulang (4 orang) dan Singkir (4 orang) yang terdiri dari 11 orang murid sekolah rendah dan 9 orang pelajar sekolah menengah dari Daerah Yan. Sumbangan yang diberikan termasuklah baju raya, kurma, wang tunai dan hamper.

Turut hadir dalam Majlis ini ialah Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Anak-Anak Yatim Sultanah Haminah [YBhg. Dato Rosli Bin Awang], Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan (Puan Amila binti Ahmad), Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan Tanah) / Timbalan Pengerusi 1 PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan [Puan Noorul Azyyati Binti Ahmad Salmi, BCK.], Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) [Encik Mohd Akmal Bin Azimi], Penolong Pegawai Daerah (Pendaftaran) [Encik Mohammad Afifi Bin Mohammad], Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Muda / Yan [Tuan Haji Ishak bin Zulkifli], semua Penghulu Mukim Daerah Yan, Imam dan Ahli-ahli Jawatankuasa Kariah Masjid Sultanah Haminah, para ketua / wakil jabatan dan agensi di Daerah Yan, pegawai-pegawai dari Yayasan Anak-anak Yatim Sultanah Haminah (YAYSH), para warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Yan serta Majlis Daerah Yan, Ahli-ahli Jawatankuasa dan para warga PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan selaku urus setia bersama Majlis tersebut.

Menjunjung Kasih kepada Yang Maha Mulia Che Puan Besar Hajah Haminah binti Haji Hamidun , Che Puan Besar Kedah atas pengurniaan dan sumbangan Aidilfitri bagi sesi Tahun 2023 Peringkat Daerah Yan ini.Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih juga dirakamkan kepada Yayasan Anak-anak Yatim Sultanah Haminah (YAYSH), semua jabatan / agensi berkaitan, para Penghulu Mukim, Imam dan seluruh Ahli Jawatankuasa Kariah Masjid Sultanah Haminah, seluruh warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Yan dan Majlis Daerah Yan serta PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan yang telah terlibat membantu dalam mengurus dan menjayakan Majlis Pengurniaan dan Sumbangan pada hari ini.Semoga sumbangan tersebut dapat membantu para penerima sumbangan berkenaan serta keluarga masing-masing dalam membuat persediaan dan persiapan Aidilfitri 1444H / 2023M yang akan menjelang tidak lama lagi.

Skip to content