09 APRIL 2023 (AHAD)

Program ini yang merupakan acara tahunan telah dianjurkan secara bersama oleh Pejabat Daerah dan Tanah Yan, Majlis Daerah Yan, PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan, PEMADAM Daerah Yan dan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Daerah Yan telah diadakan bermula jam 10.00 pagi bertempat di perkarangan Pejabat Daerah dan Tanah Yan.

Ia disertai dan dijayakan oleh para warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Yan, Majlis Daerah Yan serta para warga PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan.Sebanyak empat kawah bubur lambuk telah dimasak untuk program ini hasil sumbangan ikhlas para penyumbang dari pelbagai pihak termasuk dari Ahli – Ahli Majlis, Majlis Daerah Yan, PEMADAM Daerah Yan dan BSMM Daerah Yan.Bubur lambuk yang siap dimasak pada jam 3.00 petang kemudiannya diagihkan kepada para warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Yan, Majlis Daerah Yan, PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan dan beberapa jabatan / agensi di Daerah Yan.Tuan Pegawai Daerah Yan / YDP Majlis Daerah Yan (Tuan Mohamad Subhi Bin Abdullah, AMK., BCK.), para Pegawai Tadbir Negeri Kedah (KCS) Daerah Yan, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan (Puan Amila Binti Ahmad), para Ahli Jawatankuasa dan warga PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan, para Penghulu Mukim, para warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Yan serta Majlis Daerah Yan kemudiannya turut mengagihkan bungkusan bubur lambuk tersebut kepada para pengguna jalan raya di hadapan Pejabat Daerah dan Tanah Yan.Sementara itu, para Ahli Majlis, Majlis Daerah Yan turut menyalurkan sumbangan ikhlas masing – masing bagi menjayakan program kacau bubur lambuk ini dengan memasak satu kawah bubur lambuk istimewa yang dimasak di perkarangan Masjid Al Wustho, Guar Chempedak yang kemudiannya turut diagihkan kepada masyarakat setempat.

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada seluruh warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Yan, Ahli-ahli Majlis dan warga kerja Majlis Daerah Yan, PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan, PEMADAM Daerah Yan, Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Daerah Yan dan Jawatankuasa Kariah Masjid Al Wustho, Guar Chempedak atas kerjasama padu dan komitmen tinggi yang diberikan dalam menjayakan Program Kacau Bubur Lambuk Sempena Ramadan 1444H / 2023M Peringkat Daerah Yan ini.Semoga sumbangan ikhlas dan usaha murni dari semua pihak ini dirahmati dan diberkati oleh Allah s w.t. sempena Sambutan Ihya’ Ramadan Al Mubarak 1444H / 2023M melalui perkongsian rezeki dan amalan nilai – nilai positif serta murni di bulan Ramadan yang mulia ini.

SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT.

Skip to content