10 APRIL 2023 (ISNIN)

Program Tadarus Dan Khatam Al-Quran Sempena Ihya’ Ramadan Tahun 1444H / 2023M anjuran Kelab Kebajikandan Rekreasi (KKR) MDY ini telah diadakan bermula pada jam 8.30 pagi bertempat di Dewan Dato’ Madi, Yan.

Program ini telah melibatkan semua warga kerja Majlis Daerah Yan yang juga merupakan ahli Kelab Kebajikan dan Rekreasi Majlis Daerah Yan serta turut disertai oleh para warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Yan serta para warga PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan keseluruhannya berjumlah 100 orang peserta.

Semua peserta yang menyertai program ini telah dibahagikan kepada 25 kumpulan mengikut juzuk yang telah diselaraskan oleh Biro Agama, Kelab Kebajikan dan Rekreasi (KKR) MDY. Semua peserta masing – masing bertadarus Al Quran secara berkumpulan mengikut giliran bermula jam 9.00 pagi sehingga semua peserta bersama – sama mengkhatam 30 juzuk Al-Quran pada jam 11.00 pagi.

Kemuncak acara ini ialah Majlis Khatam Al Quran yang dipimpin oleh Ustaz Muhamad Fikri Bin Haji Ishak, Imam Masjid Al Ubudiyah, Padang Lumat yang juga merupakan Ahli Majlis, Majlis Daerah Yan.Program ini diakhiri dengan Ucapan Perasmian Penutup oleh Pegawai Daerah Yan / Yang Dipertua Majlis Daerah Yan merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan, Tuan Mohamad Subhi Bin Abdullah, AMK., BCK.Selain itu, para peserta program ini juga masing – masing menerima sijil penyertaan digital (e-sijil) yang disediakan oleh Kelab Kebajikan dan Rekreasi (KKR) MDY.

Semoga aktiviti bermanfaat seperti Program Tadarus dan Khatam Al Quran ini dapat menyemarakkan lagi Sambutan Ihya’ Ramadan 1444H / 2023M di samping dapat mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan para warga MDY, PDTY dan PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan serta membantu memantapkan ilmu dan kemahiran membaca Al-Quran, mewujudkan penghayatan beramal dan beribadah dalam bulan Ramadan yang mulia serta memperoleh syafaat di akhirat kelak.Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada Kelab Kebajikan dan Rekreasi (KKR) Majlis Daerah Yan selaku penganjur program dan semua peserta atas komitmen tinggi dan kerjasama padu yang diberikan dalam menjayakan program ini.

Semoga usaha murni ini mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah s.w.t.

Skip to content